Tazkirah Harian

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة اللهِ وَبَرَكَاته*

سلامت ڤاݢي دان سلامت سجهترا

سموڬ كيت سموا دجاوحكان دري سموا ڤڽاكيت برجڠكيت تراوتما كوۏيد-19 يڠ سداڠ دهادڤي

دڤرمودهكن سموا عباده دڤرمودهكن سڬالا اوروسن دان سنتياس دكورنياكن  رحمة دان كبركتن سرتا كريضاان الله تعالى هندقڽ جوا.

5    Safar 1443H
12 September 2021 @ Ahad
Hari Ke *547 PKP*

*أعوذ بالله من الشيطان الرجيم*
. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ*


‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur kpd Mu Ya Allah atas setiap nikmat yg telah Engkau kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yg Engkau berikan.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami  memohon doa dgn penuh pengharapan kepada Mu, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ya Allah jadikan negara kami sebuah negara yang diberkati dan dinaungiMu. Jauhkan negara kami daripada sebarang musibah. Selamatkan negara kami daripada wabak yang melanda dan pergolakan politik. Satukan hati rakyat untuk mencintai perdamaian, bersatu padu dan hidup dalam harmoni.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Fattahu Ya ‘Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah takdirkanlah yang baik2
untuk diri kami, janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.  Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah Ya Aziz kurniakanlah kpd kami jiwa yang tenang dan tenteram,
hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah
dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah drpd kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikan ketenangan dan jln keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikan hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dgn sakit, maka Engkau sembuhkan  agar mereka dapat beribadah bersama kami.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah lindungilah kami, keluarga kami, negeri kami dan negara kami daripada wabak dan penyakit berjangkit.
Kurniakan kami kesihatan dan kesejahteraan yg berpanjangan.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam merawat kesakitan dan sebarang penyakit.

*اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُا وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا*

Ya Allah, Rabb sekelian manusia, hilangkanlah kesusahan dan kesakitan yang kami alami. Berilah kesembuhan kepada kami dan saudara-saudara kami yang sedang sakit.  Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan…Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah jauhkan dari kami malapetaka, bala, bencana, wabak, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang nampak dan yang tersembunyi. SesungguhnyaYa Allah Engkau berkuasa atas segala nya.

*یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*

Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak2 dan zuriat kami, dosa saudara2 kami, dosa sahabat2 kami, dosa guru2 kami, dosa pemimpin2 kami, dosa seluruh kaum muslimin serta muslimat samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia. 
                                              
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ