Allah sentiasa bersamaku

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*SANDARKAN DIRI KPD ALLAH*

Seberat mana pun ujian hidup hakikatnya Allah tidak membebani manusia melebihi tahap kemampuan seseorang. NAMUN diakhirat kelak bagi orang2 yg ingkar, mereka akan diazab dengan siksaan yg berlipat kali ganda dahsyatnya serta menjangkaui ketahanan/keupayaan/kemampuan manusia dan keadaan itu disebut di dalam Quran bahawa siksaan Allah tidak terperi @ TERAMATLAH PEDIH. Justeru usahalah untuk selamatkan diri kita dari bahana yang amat mengerikan ini dengan TAQWA.

Saudara yg dirahmati, apabila JIWA kita lemah maka kita akan merasakan seluruh tubuh kita turut dirasakan lemah sedangkan hakikatnya diri kita sihat dan cergas. Kenapa jiwa kita lemah? Jawabnya adalah kerana hati kita tidak tergantung kpd Allah. Apabila kita bersandar kepada Allah SWT yg memiliki segala kekuatan,kekayaan, kehebatan,kesempurnaan maka kita akan merasakan everything is a small matter. Semakin kita jauh dengan Allah maka semakin bermasalah jiwa kita. Jadi macam mana cara kita nak rapat dengan Allah dan cara
nak kuatkan sandaran kita kepadaNya? Jawabnya adalah melalui solat yg khusyuk, doa yang istiqomah serta istighfar dan zikir. Apabila elemen2 ini kita implimentasikan dengan hati yang ikhlas maka jiwa kita akan kuat. Mungkin kita dilihat susah tetapi hati kita lapang, takder masalah. Kita tidak mewah tetapi kita rasa puas dan cukup memiliki seadanya, bila kita kecewa jiwa kita akan terdidik dgn hati kita akan mengatakan “Allah ada bersamaku”.

*Semoga bermanfaat…*

*Wallahualam*

Sumber: Kumpulan Whatsapp