Tazkirah: Penyakit Lemah Iman

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Penyakit Lemah Iman*

Apabila iman lemah , maka kuranglah kesungguhan beribadah. Hati pula akan disibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Kenikmatan beribadah pula bertukar menjadi suatu bebanan. Adalah perkara yang amat sukar untuk terus bangkit dari penyakit ‘lemah iman ini’. Untuk memulihkan hati, maka lakukanlah amalan2 wajib dengan bersungguh2 & berkualiti khususnya solat fardhu. Selalulah mendengar kuliah2 agama agar akal sentiasa mendapat kesedaran untuk membuat pertimbangan. Jangan meninggalkan ibadah sunnah kerana ia umpama vitamin bagi hati, suplemen tambahan untuk hati yang sihat. Ibadah sunnah berfungsi menjaga kesegaran hati agar Iman menjadi lebih mantap.

BAGI SESIAPA YG BANYAK MENERIMA MUSIBAH & UJIAN HIDUP, BERSABARLAH, ISTIQOMAHLAH DGN MEMPERBANYAKKAN SOLAT SERTA DOA, KERANA ALLAH SWT ADA BERSAMA KITA DAN DIA DEKAT DGN ORANG2 YG MENJAGA KETAQWAAN. INGATLAH BAHAWA JIKA TIADA UJIÀN DAN DUGAAN  MAKA BUKANLAH KEHIDUPAN NAMANYA…

*Semoga bermanfaat…*

*Wallahualam*

Sumber: Kumpulan Whatsapp