Tazkirah: Bekalan di Akhirat

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Bekalan Di Akhirat*

Suatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai nya dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa, tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikian lah dengan pahala, ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala.

Oleh kerana kita semua sedang menuju ke akhirat maka lakukanlah apa saja amalan baik yang boleh menjadi bekalan pahala di akhirat nanti.

*Semoga bermanfaat…*

*Wallahualam*

Sumber: Kumpulan Whatsapp