Navigasi berjalan kaki dengan Sygic

Pengenalan

Perisian navigasi untuk telefon pintar pada hari ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada yang percuma, ada yang separuh percuma dan ada yang berbayar. Sesetengahnya boleh dimuatturun dalam pelbagai versi. Walau bagaimanapun, jarang atau sukar dan kadang-kadang tiada langsung kaedah navigasi berjalan kaki dalam perisian navigasi yang ada. Satu-satunya yang saya tahu ialah Sygic. Saya muat turun daripada Google Play Store untuk telefon Android jenama Xiaomi Redmi Note 3 Pro saya.

Bagi tujuan ilustrasi dan sedikit pencerahan kali ini, saya akan memggunakan:

  • Sygic versi 17.2.11
  • Android versi 6.0.1 MMB29M (Marshmallow)
  • Telefon model Xiaomi Redmi Note 3 Pro versi MIUI 8.5 Global | Stable 8.5.7.0 dengan kapasiti RAM 3GB, CPU Hexa-core Max 1.8GHz

    Saya telah mencuba beberapa aplikasi lain seperti Waze, Google Maps, Route66 dan 2-3 lagi aplikasi Android yang lain tetapi gagal menemui kaedah pemetaan berjalan kaki. Saya mungkin jahil berkenaan aplikasi tersebut atau memang aplikasi tersebut tidak tersedia kaedah berkenaan. Walau bagaimanapun, ini sekadar pandangan peribadi dan bukan bertujuan memburukkan mana-mana aplikasi. 

    Pengalaman di Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan

    Semasa di Tokyo dan Seoul, saya tidak banyak menggunakan aplikasi navigasi ini kerana pergerakan di dua bandar besar ini sangat mudah dengan keretapi dan di sana disediakan aplikasi khas percuma untuk kegunaan sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan keretapi mereka. Semasa di Tokyo, kawan-kawan yang dah mahir membantu membawa kumpulan kami ke destinasi-destinasi yang dirancang. Di Seoul pula saya memuat turun aplikasi khas Metro yang disediakan secara percuma di Play Store dalam telefon Android saya.

    Peta jalan kaki Sygic

    Berbalik kepada aplikasi Sygic, berikut saya cuba tunjukkan cara penggunaan kaedah peta jalan kaki.

    (Sedang edit…)