Merdekalah…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di saat semua manusia menjauhimu, ingatlah ada ALLAH yang selalu mendampingimu.

Manusia cuma bijak melihat salah dan dosa kita, namun yakinlah ALLAH selalu melihat taubat kita.

Merdekalah dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Merdekalah dari mengabdikan diri kepada sesama makhluq, kepada pengabdian mutlaq kepada Pencipta.
Merdekalah dari sistem, cara hidup dan cara berfikir berasaskan rekaan manusia kepada keadilan Islam.
Medekalah dari mencari cari salah orang dan berseronok dengannya kepada keluasan jiwa yang sentiasa mencari kebaikan.
Merdekalah dari mata lalat yang sentiasa melihat kotoran, sekalipun berada di taman indah, kepada mata lebah yang sentiasa melihat keindahan kuntuman bunga sekalipun berada ditempat buangan sampah…

Selamat menghayati kemerdekaan..



MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

Nukilan,

Ustaz Mohamad bin Ismail

sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 (melalui Whatsapp)