Keli Sungai Langat

Umpan udang dan cacing biasanya menjadi untuk menjinakkan keli di sini. Kawasan sepanjang Sg. Langat berhampiran tangki air di pekan Dengkil ini terdapat semacam empangan atau lubuk dan ikan dijangka suka berlegar-legar di sini.

Minat memancing mungkin telah dipupuk sejak kecil kerana kampung terletak di tepi sungai di tengah hutan belantara. Alam kanak-kanak banyak berkisar sekitar sungai, bendang dan hutan. ‘Persahabatan’ dengan makhluk di sungai, paya dan hutan mungkin antara faktor yang menyebabkan minat memancing semakin mendalam. Lagipun, ayah, ibu serta abang-abang dan kakak kerap kali memberi ruang untuk memgikuti mereka ketika ke kebun. Pada ketika itu, tiada istilah beli makanan atau nasi di kedai. Membawa lauk yang sedia di masak di rumah pun jarang-jarang. Maka, kaedah yang paling lazim ialah menahan pukat atau memancing serta mencari pucuk paku atau pucuk ubi kayu liar sebagai bahan masakan dalam perjalanan ke kebun. Selalunya perjalanan ke kebun atau huma adalah melalui sungai, menaiki sampan atau bot.

Ikan patin ini beratnya hampir 2kg. Ikan sebesar ini dikatakan banyak di Sg. Langat ini. Umpan yang kerap digunakan ialah roti canai separa masak atau roti hiris Gardenia yang diketakkan perisa seperti perisa pandan.

Oleh itu, memancing atau memukat adalah cara yang paling mudah. Dulu, ikan banyak dan senang diperoleh. Kadang-kadang semasa pukat sedang ditahan pun ada ikan yang tersangkut. Diambil dan nanti dibuat ikan bakar. Makan nasi berlauk ikan bakar yang dimakan dengan garam kasar.

Nama ikan ini ialah ikan bandaran atau bandaraya menurut pemancing tempatan Malaysia

Pelbagai jenis ikan selain keli yang boleh tersangkut pada pancing di sini. Salah satu yang agak popular ialah ikan bandaran atau bandaraya. Nama saintifik ikan ini seperti carian yang saya buat di Google ialah Hypostomus plecostomus. Khabarnya ikan ini berasal dari Afrika. Semasa saya mendapat seekor yang dalam gambar di atas, saya bertanyakan nama ikan ini daripada salah seorang rakan pemancing tegar. Saya tidak berapa kenal jenis-jenis ikan pelik seperti ikan bandaraya ini. Saya turut bertanya abang saya di Sarawak jika dia ingat dan tahu nama ikan ini dalam Bahasa Kayan. Rata-rata yang mengulas berkenaan ikan ini menyatakan bahawa ikan ini tidak digemari kerana isinya yang terlalu sedikit. Saya hanya terjumpa satu ulasan di sebuah blog di mana seorang ustaz menyatakan bahawa ikan ini ada khasiat untuk mengubat penyakit seperti sakit gatal-gatal kulit.

Lesen 2020!

Patin seberat kira-kira 1.5kg merupakan penghuni Sungai Langat.

Ramai yang post dalam Facebook berkenaan ‘lesen 2020’ masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk mencuba nasib untuk mendapatkan ‘lesen 2020’ tersebut. Alhamdulillah berjaya menaikkan seekor patin.