Kamu Lupa

Kamu lupa
Kamu pencetus rasa
Kamu bukan penyebab binasa

Kamu lupa
Kamu pernah kata sanggup apa sahaja
Kamu pernah sanggup ke mana-mana
Kamu sudi tukar selera

Kamu lupa
Dulu kamu tidak berkira
Dulu kamu korban semuanya
Dulu kamu pantang lara
Dulu kamu kepala

Ingatlah
Kembalilah kepada semangatmu
Kembalilah sebelum lupa  mu
Kembalilah dan mula melangkah tinggi
Kembali sebelum kamu  lupa lagi