Doa Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu
01 September 2021M
23 Muharram 1443H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Arhamar Rohimin 3x

*Ya Allah, sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji dan berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.*

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan Mu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah

Ya Allah, jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang reda Mu Ya Allah.

Ya Allah, janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi di situlah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
َ
*َ Ya الله, kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kami sekeluarga serta kedua ibubapa dan mentua kami tempat yang istimewa di syurga Firdaus Mu Ya الله.*

Ya الله, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mentua kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta jiran2 kami dan sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam* serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

(melalui kumpulan Whatsapp)