Anda mampu berjaya sekarang!

Hidup ini perlu berubah!

Para pembaca yang budiman,

10 tahun dulu, kehidupan kita amat berbeza. Jika kehidupan anda seperti saya, pastinya anda terua memikirkan apakah sebenarnya yang berubah dan apa yang telah anda capai dalam 10 tahun terakhir ini. Jika anda rasa tiada yang berubah, anda perlu fikirkan sekali lagi!

Gambar hiasan: Tasik Kenyir

Kehidupan seharusnya selaju bot ini menelusuri tasik.

Apakah yang ingin anda ubah 10 tahun dari sekarang? Penghayatan anda pada agama? Kedudukan sosial anda? Keadaan ekonomi keluarga anda? Bagaimana pula anda akan realisaaikan segala impian itu?
A. Ciri-ciri orang yang berjaya mengubah kehidupan kepada yang lebih baik adalah:

#1:  Mereka tidak menunggu masa yang sesuai kerana masa yang sesuai adalah SEKARANG. 

Maka, jika anda ingin berubah dan berjaya dalam kehidupan anda, LAKUKANNYA SEKARANG!
Mereka memulakan perubahan dan bukan mengikut orang lain. Jadi, jika anda yakin ITULAH jalan menuju kesenangan dan kebahagian hidup, mulakan! Jangan tunggu dan cuba memerhatikan orang lain yang melakukannya dahulu itu berjaya atau gagal.

#2: Jangan takut kegagalan.

Memberi komen amat mudah berbanding melaksanakannya. Gagal di sini bukan bermaksud gagal dalam satu bidang atau perkara tertentu semata-mata. Kadang-kadang kita gagal mengenalpasti keupayaan kita. Ada orang percaya dengan kaedah Bazi untuk menilai keupayaan atau kecenderungan diri. Walau bagaimanapun, kita selalunya tidak akan kenal diri kita dan keupayaan kita jika kita tidak mencuba dan mempelbagaikan bidang atau aspek dalam kehidupan kita. Cuba lihat contoh inj:

  • Bill Gates masuk universiti tapi gagal habiskan pelajaran. Walau bagaimanapun, minatnya pada komputer membantunya apabila dia ‘membedah’ sejenis CPU komputer dan menghasilkan komputer yang canggih sehingga terbentuknya Microsoft.
  • Jack Ma memohon untuk menyambung pelajaran di Universiti Harvard tapi ditolak kerana kelulusannya yang tidak memadai. Dia memohon sehingga 10 kali tapi masih ditolak! Jack Ma tidak akan mengenali dirinya jika dia tidak mencuba perkara lain. Rupanya kepakarannya ialah penyelesaian kepada perniagaan dalam talian. Maka wujudlah Alibaba dan pelbagai Ali  lagi. Siap jadi penasihat ICT untuk negara Malaysia lagi!

#3: Kenalpasti masalah orang ramai dan cari penyelesaiannya serta jadikannya PERNIAGAAN! 

Ramai orang di luar sana terkapai-kapai mencari penyelesaian dalam kehidupan seharian. Kita perlu sematkan dinhati dan ingat bahawa fitrah manusia adalah malas  dan ingin mendapatkan sesuatu dengan mudah! Maka, peluang ini perlu kita dalami dan ambil segera! 


#4: Mulakan secara KECIL-KECILAN!

    (Bersambung…)